Suka Melancong? Errmm…Anda Kategori Mana?

Sapa tak suka pergi berjalan, pusing-pusing dunia tengok tempat orang? Tak kiralah samada dalam atau luar negara. Lagi seronok bila pergi melancong semuanya ditaja. Pergi bawak badan jer. Cakap pasal pergi melancong ni kami pasti, anda mesti ada travel buddy atau geng kaki jalan yang memang anda suka. Yelah, nak jalan jauh dan agak lama, jadi pilihan siapa bersama dengan kita itu yang penting.

Ada orang cakap, nak tahu kawan sejati atau tidak, boleh diketahui masa kita pergi melancong dengan dia.

Kenyataan tu kami tak kata lah benar atau tidak. Kerana pengalaman yang dilalui masing-masing agak berbeza. Mungkin teman baik anda tak sesuai untuk berlibur sekali kerana dia suka melancong dengan mewah, manakala anda pula lebih selesa dengan backpackers atau ikut bajet sahaja. Jadi janganlah putus sahabat semata-mata dia tak ngam bila travel dengan anda. Masih boleh berkawan, cuma tak “sebulu” bila mengembara bersama. Lain orang lain ragam kan? Jadi, hormatilah pilihan dan citarasa masing-masing.

Oklah, sekarang kita tengok, anda tergolong dalam pengembara kategori mana. Mungkin termasuk dalam satu kumpulan sahaja, atau mungkin tercalon dalam dua kategori. Yang tahu, anda sendirilah ahlinya.

1. Nomad/Tidak Tetap Di Sesuatu Tempat

1618_5
Photo: Blu-ray.com

Contoh: Christopher Mccandless  (Filem: Into the wild)

Waktu Kembara: Tak Tentu

Makanan: Apa saja asal murah dan mudah di dapati sepanjang perjalanan. Roti, buah dan sayur.

Tempat Tinggal: Khemah, rumah tumpangan atau rumah terbiar.

Destinasi pilihan: Yang jauh dan agak memakan masa.

Aktiviti: Setiap hari mesti yang mencabar dan adventure, tak perlu nak habiskan duit untuk perkara yang tidak penting.

Bajet: Ala kadar, biasa kurang dari RM 20 jer sehari

2. Bajet Backpaker

skynews-img-1200-745
Photo: Skynews

Contoh: Biasa sejenis yang suka nak pergi tengok negara orang, tapi malas nak lebih-lebih keluar modal untuk tempat tinggal. Suka yang ringkas dan seadanya. Janji selesa (mengikut bajet dan keadaan masing-masing).

Waktu Kembara: Berminggu atau lebih dari sebulan pun ada.

Makanan: Sarapan kalau boleh biarlah percuma, atau makanan murah yang disediakan di hostel, ada yang gigih masak sendiri je, tapi kadangkala pergi makan di tempat-tempat yang enak dengan harapan biarlah sedap tapi harga kena berpatutan.

Tempat tinggal : Hostel Dorms, khemah atau hotel-hotel bajet.

Destinasi pilihan: Biasanya seluruh dunia seperti Eropah, Asia, Australia dan Amerika.

Aktiviti: Biasanya akan bersiar dengan kenderaan yang disewa, atau pengangkutan awam, dan ada juga yang suka menyertai rombongan secara berjalan kaki atau menaiki caravan.

Bajet: Sehari lebih dari RM 50

3. Krisis umur suku abad

img_0096-2000x1200
Photo: Quarter Life Blog

Waktu kembara: 1-6 bulan. Lama jugak. Kalau boleh nak duduk kat sesuatu tempat tu dan nak pusing-pusing kawasan atau ceruk tu. Ni yang jenis kalau boleh nak duduk kat situ, bergaul dengan orang-orang tempatan dan mencari peluang untuk hidup lebih baik katanya.

Makanan: Makanan yang disediakan di hostel/hotel, makanan jalanan yang sedap dan berpatutan dan kadangkala suka menjamu selera di restoran makanan tempatan.

Tempat tinggal: Hostel dorm atau bilik peribadi, motel dan hotel. Kadangkala ada yang suka menumpang di rumah orang di panggil “couchsurfing“.

Destinasi Pilihan: Eropah barat, Asia, Amerika Selatan, Australia

Aktiviti: Trip seharian dengan menyewa kenderaan tempatan, tour percuma dan juga beberapa aktiviti menarik di kawasan sekitar yang digemari.

Bajet: RM 80 ke atas dalam sehari

4. Jenis yang kerja 9-5

m_5952de37680278ca7f01deaf
Photo: Poshmark

Contoh: Ini biasanya yang akan guna cuti tahunan mereka, ambik cuti dalam 4 minggu terus, lepas tu pergi pusing-pusing dunia manjakan diri.

Waktu Kembara: 1-5 minggu

Makanan: Semestinya makanan seperti buffet atau hidangan yang sedap di hotel atau restoran.

Tempat tinggal: Hotel 3 bintang ke atas

Destinasi Pilihan: Eropah barat, Thailand, Kepulaun di Greece, New York, Los Angeles, Ibiza, Santorini

Aktiviti: Terjun Udara, Parasailing atau apa sahaja aktiviti yang membuatkan kawan sekerja mereka cemburu.

Bajet: RM 100 ke atas sehari

5. Pengembara Mewah

luxury-travel11
Photo: Ristoranti Londra

Contoh: Orang ada-ada seperti artis, personaliti media, ahli perniagaan berjaya, golongan korporat, orang yang ditaja syarikat tertentu (sponsored by) dan juga orang-orang kenamaan.

Waktu Kembara: 3-10 hari

Makanan: Buffet mewah di Hotel, Restoran yang bertaraf bintang Michelin, dan minuman koktail yang mahal.

Tempat tinggal: Hotel 5 bintang sahaja

Destinasi pilihan: Bora Bora, Paris, Cancun, Monaco

Aktiviti: Trip seharian dengan kenderaan tempatan, jalan-jalan shopping, bersidai di kolam-kolam renang dan juga makan di tempat-tempat ade kelas.

Bajet: > RM 200 sehari

6. Kemaruk Photography

meerkat-1_2875876k
Photo: Will Burrad Lucas

Contoh: Ni jenis kalau travel, merakam memori atau mengambil gambar adalah yang paling penting. Setiap tempat ada unsur-unsur seni katanya. Jangan terkejut kalau gambar monyet pun nampak cantik bila diorang ambil. Pendek kata, kalau kita jalan-jalan dengan dia, mata selalu kena buka. Silap-silap bila jalan, kita dah ke depan, dia entah ke mana. Bila toleh dia dah tak ada, rupa-rupanya tengah elok bertenggek tepi tugu ambil gambar. Cari “angle” terbaik katanya. Nak berjalan dengan golongan sebegini hati kena sabar, sebab setiap kali nampak tempat menarik mereka akan berhenti dan merakam detik-detik indah untuk koleksi mereka. Tapi jangan marah, bila balik bercuti nanti, andalah orang pertama yang akan bertandang rumah dia mintak transfer gambar segala bagai nak masukkan dalam facebook dan insta. Sudah, jangan malu-malu nak mengaku pulak yer.

Waktu Kembara: 3-10 hari, kadangkala lebih.

Makanan: Terpulang pada bajet. Ada yang makan di kedai-kedai biasa sampailah ke restoran di hotel-hotel mewah. Yang penting, setiap makanan pasti diambil gambar.

Tempat tinggal: Dari hotel bajet sehingga hotel 5 bintang.

Destinasi pilihan: Seluruh dunia. Pastinya tempat yang menarik dan sesuai untuk merakam gambar-gambar yang cantik.

Aktiviti: Menggunakan kenderaan yang disewa atau menaiki kenderaan awam. Tempat yang dilawati bermula dari pusat bandaraya sehinggalah ke ceruk-ceruk hutan dan pergunungan.

Bajet:  Bergantung pada destinasi yang dituju dan aktiviti yang dilakukan.

7. Kaki Posing

da-nang-vietnam-1-769x511
Photo: The happy passport

Contoh: Suka bergambar. Mana-mana tempat yang diambil memang ada muka dia. Kalau boleh setiap gambar nak muka dia je. Yang lagi best, ada yang upah jurugambar peribadi yang sanggup ikut ke mana saja dia pergi bagi merakamkan detik-detik indah dia ketika melancong. Ia bukan sesuatu yang pelik kerana ramai kini yang mampu mengupah jurugambar peribadi untuk mengambil gambar mereka. Yelah, dari pergi dengan kawan yang tak reti ambik gambar, buat bergaduh jer. Dah la tak reti, buat muka pulak tu bila kita dok ajar dia teknik-teknik ambil gambar dengan betul. Yang mampu upah jurugambar tu, janji gambar cantik, dan jurugambar tak banyak songeh. Dia tahu mana sudut menarik dan apakah aksi-aksi yang sesuai dilakukan sebagai kenang-kenangan di masa depan. Mana-mana kawan yang tengok profile kat facebook atau insta harus makan hati kerana gambar yang dirakamkan semuanya bertaraf majalah kembara antarabangsa.

Waktu Kembara: Bergantung pada destinasi dan bajet.

Makanan: Biasanya hipster cafeteria atau fine dining restaurant. Ada juga yang low profile ambil gambar kat restoran jalanan tapi yang penting, dia tetap nampak cantik dan bergaya.

Tempat tinggal: Hotel 3 bintang ke atas sahaja

Destinasi pilihan: Seluruh dunia

Aktiviti: Apa saja yang mampu membuatkan koleksi gambar mereka cantik. Biasanya banyak melepak di mall atau pergi ke mana sahaja tempat menarik mengikut bajet yang diperuntukkan. Janji setiap kali singgah, pertama sekali yang keluar dari mulut dia ialah, “you, snap my photo please”.

Bajet: Sederhana hingga  mewah

8. Kaki Shopping

Shoppers standing in a crosswalk, during Black Friday in New York.
Photo: ocregister

Contoh: Ini jenis kalau boleh semua benda nak beli. Kalau berjalan duit memang bawak banyak. Kadangkala sampai hotel letak barang jer. Lepas tu keluar lagi beli barang baru yang lain pulak. Biasanya terdiri dari orang yang suka berniaga, personal shopper atau memang kaki membeli belah bila ke luar negara. Bila sampai bilik terus mengucap sambil berkata, “Ehh, banyaknya barang i beli, rasa macam tak percaya pulak”. Kawan sebilik dengar terus juih bibir sambil dalam hati berkata, “Nak balik nanti kat airport jangan suruh aku bawak barang kau pulak yer”.

Waktu Kembara: 3-10 hari

Makanan: Mana-mana yang mereka suka ikut bajet yang telah ditetapkan. Janji, barang yang nak dibeli dulu, lain-lain akan menyusul kemudian. Ada setengahnya tu, tak makan atau makan sekali sehari pun tak apa, janji dapat beli barangan yang diimpikan.

Tempat tinggal: Hotel atau mana-mana cawangan AirBnB

Destinasi pilihan: Inonesia, Thailand, China dan mana-mana negara yang barangannya lebih murah dari Malaysia.

Aktiviti: Trip seharian dengan kenderaan tempatan, kenderaan awam, jalan-jalan shopping, beli dan terus beli sampai beg semua dah ketat.

Bajet: > RM 300 sehari

9. Rombongan Che’ Kiah

rombongan_cik_kiah_ke_kelana_jaya_pula_-_rombongan1_141011-transformed
Photo: Harian Metro

Contoh: Ni biasanya dalam tour group yang besar. Daripada geng-geng zaman sekolah, geng universiti, pakej melancong para keluarga dan jiran tetangga sehinggalah yang kerja satu syarikat. Kalau boleh nak ajak seramai mungkin. Konsepnya, “the more the merrier”

Waktu Kembara: 1 – 2 minggu. Kadangkala ada yang lebih.

Makanan: Dari yang bajet makan kat kedai-kedai murah, sampailah ke hotel 5 bintang. Kalau budak-budak muda baru-baru kerja ni biasanya cari kedai makan bajet jer. Yang pertengahan cari hipster cafe atau restoran yang hidang makanan berkualiti. Tapi biasanya kalau hotel mahal-mahal tu geng-geng mak datin. Sejenis yang kalau boleh bila makan tu sebelum ambil makanan mata jeling-jeling kat buffet, samada boleh masuk tekak ke tidak. Lepas tu barulah duduk semeja dengan kawan-kawan dia gossip pasal laki masing-masing, perniagaan atau nak pergi buat manicure kat saloon mana plak petang tu.

Tempat tinggal: Dari hostel dorms sehinggalah 5 star hotel.

Destinasi pilihan: Seluruh dunia.

Aktiviti: Trip seharian dengan sewa kenderaan, jalan-jalan ke destinasi pilihan, wefie tidak lupa sama sekali, dan yang penting kalau rombongan ni datang masuk ke sesuatu tempat tu dia punya kecohnya hanya mereka je lah yang tahu. Namun apa-apa pun mereka memang suka pergi  ke mana sahaja bersama. Janji semua enjoy kan?

Bajet: Ikut bajet kumpulan sehari. Biasanya ada yang dah pakat-pakat atau bergantung pada keperluan individu itu sendiri.

10. Lone Ranger

Photo: Campus Riot

Contoh: Pengembara jenis macam ni sangat menakjubkan. Tak semua yang berani. Tapi mereka yang tergolong dalam kumpulan ni sangat berdikari dan sukakan cabaran dalam kehidupan. Bagi mereka, hidup adalah satu perjuangan, untuk mengujinya, cubalah melancong seorang diri. Baru anda tahu anda kuat ke tidak, atau mencari ketenangan ataupun memang tak suka drama bila kembara ramai-ramai ni. Mereka bebas memilih samada mahu melancong dengan mewah atau hanya backpackers sahaja. Yang pasti golongan ini, anda campaklah mereka kat mana saja, mereka boleh hidup.

Waktu Kembara: 1 – 2 minggu. Kadangkala ada yang lebih.

Makanan: Pelbagai. Janji perut kenyang dan tak menyusahkan sesiapa.

Tempat tinggal: Dari hostel dorms sehinggalah hotel 5 bintang.

Destinasi pilihan: Seluruh dunia.

Aktiviti: Biasanya suka ke tempat-tempat yang unik dari segi kebudayaan, keseniaan dan ada yang pergi mencari hiburan. Tak kurang juga ada mereka yang gemar berinteraksi dengan penduduk setempat dan sukakan keindahan alam sekitar.

Bajet: Ikut poket sendiri. Kalau yang mewah tu, bersidai je lah kat tepi kolam hotel sambil selfie, atau pun shopping di butik mewah. Kalau yang ala-ala jer, pergilah mencari ilham ke mana sahaja, janji hati tenang dan tidak mengganggu orang lain. Senang hidup diorang ni kan?

Walau apapun kategori anda, pergi merantau ke negara orang adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Tapi ingat, bila nak pergi melancong, pemilihan kawan adalah sangat penting. Ia boleh jadi kawan lama, kawan baru kenal atau sesiapa saja yang kita rasa sesuai untuk mengembara bersama. Baru best kan?

Silap pilih travel partner, alamatnya bermasam mukalah sepanjang masa.

Cuti dah lama ambil, duit tempat tinggal dan tiket dah settle, plan dah macam-macam, silap orang, rosak segala rancangan. Hati hancur, duit pun lebur. Balik terus tak bertegur!

Oleh : Mediarena

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s